Ahad, Julai 27, 2014

Karin Schmidt

Karin dan aku.
 
Dalam entry yang lepas aku ada bercerita mengenai kawan lama aku sorang ni yang bernama Karin Schmidt yang berasal dari Munich, belajar sama aku di Cesar Ritz dan kini menetap di Florida! Karin seorang wanita yang sangat baik bagi aku. Sangat mengambil berat tentang rakan dan sentiasa susah hati jika aku tak berapa faham pelajaran yang diajarkan. Karin juga selalu bertanya kepada aku perihal subject-subject yang lain berkenaan dengan bidang perhotelan yang kami sama-sama pelajari. Didalam kelas, kami duduk bersebelahan. Karin datang dari golongan berada. Memandu bmw disekolah bagi aku sudah cukup mewah berbanding dengan aku yang terpaksa kemana sahaja dengan menaiki bas ataupun keretapi dan selalu juga bekerja di beberapa hotel di Montreaux pada hujung minggu hanya untuk menampung keperluan perbelanjaan bulanan aku. Bantuan setiap bulan yang aku terima hanyalah SFR200 yang sah-sah tidak mencukupi untuk aku survive walaupun hanya untuk 10 hari!
 
Sewaktu aku bertugas di Geneva, Karin akan selalu menalipon bertanya khabar. Kadang-kadang bersama teman lelakinya Florian akan mengunjungi aku di tempat kerja. Karin bertugas di Gstaad yang merupakan kawasan elit di Switzerland dan juga merupakan tempat berlangsungnya Swiss Open Tennis dan menjadi tempat tinggal bagi Diana Ross pada waktu itu. Gstaad sangat terkenal diseluruh dunia sebagai tempat percutian hebat dunia. Aku tak tahan sejuk kalau ke sana. Salji akan memenuhi segenap pelosok dan cerok yang ada di Gstaad. Spring dan Autumn sudah mencapai suhu 10-12C. Itu belum musim sejuk lagi. Jadi bayangkan saja betapa sejuknya kalau aku tinggal disana. Mungkin aku akan bawa "portable heater' kemana-mana saja aku berjalan!

Karin sebelah kanan aku bersama dengan Dagmar dan Doris!

Beberapa minggu yang lalu aku mendapat pesanan daripada Karin mengatakan yang beliau akan ke Singapura melawat kawannya Doris yang bertugas disana. Oleh kerana cuti musim panasnya masih panjang, Karin ingin melanjutkannya di KL pula bersama seorang lagi rakannya dari Munich bernama Dagmar. Aku jawab ok dan mulalah aku mencongak hari. Karin tinggal di Ritz Carlton sebuah hotel hebat di segitiga emas. Yang dah pasti aku tak mampu nak inap! 23hb Karin sampai dan aku janji yang kami akan bertemu pada 24hb. Dinner di Madam Kwan, Pavillion kerana jaraknya hanya sepelaung dari Ritz. Selesai kerja, aku ambil aunty dan kami naik moto menuju ke kl. Parking moto di lot 10 berharga RM3! Mak aiii...mahal nak mampos! Laju aku jalan. Dibaginya meja untuk aku dibelakang berhampiran dengan dapur. Alamak, tak thrill lah kalau nak entertain kawan dari Germany....aku mintak tolong pada Floor Managernya dan aku diberi meja depan. Alhamdulillah dan aku ucapkan terimakasih kepada beliau. Service mereka cepat. Mungkin kerana staff mereka melimpah ruah! Tepat jam 7 malam, Karin dan rakan-rakannya sampai.
 


Karin disebelah kiri aku bersama Dagmar dan Doris.
 
Kami memesan makanan tempatan sahaja. Mee kari, satay, fried yee mee, sayur goreng, ayam goreng rempah, wantan noodle dan hokkien mee. Habis kena lahap. Aku sebab berpuasa manakala yang lain-lainnya sebab lapar kerana dari tengahari mereka tak makan sebab city tour! Banyak yang kami cerita. Kembali kezaman persekolahan sehinggalah bercerita mengenai alam pekerjaan. Bergelak ketawa sakan kerana telah 20 tahun kami tak berjumpa....Karin kini bertugas di Ritz Carlton di Florida sebagai salah seorang Pengarah disana manakala Doris bertugas sebagai akauntan di Singapura dan Dagmar pula sebagai Pharmacist di Munich. Cerita kami bertambah hangat. Oleh kerana terlalu hangat, kami beralih tempat naik ke street level dan minum kopi di The Loaf pula. Keadaan sangat menarik dengan orang-ramai lalu lalang disekeliling sibuk membeli-belah saat akhir sebelum berhari raya! Oh my, saat ini memang aku tunggu-tunggu. Sebelum-sebelum ini aku juga dikunjungi oleh rakan-rakan dari luar negara. Ramai yang transit di KL untuk bertemu aku dan ada juga yang datang ke KL semata-mata untuk berjumpa. Nilai persahabatan yang tak mampu aku tuntut dengan wang ringgit. Pernah sekali aku terkejut apabila Johann Runarrson dari Iceland yang aku panggil "Ice" datang berkunjung ke kl secara mendadak. Tinggal di Legend hotel dan talipon mengatakan yang beliau telah berada di KL untuk bertemu aku. Kelam-kabut aku dibuatnya. Ada seorang lagi yang terus datang ke restaurant tempat aku bekerja pada tahun 96 dulu dan buat surprise kepada aku. Dia dari Sweden. Hyun Joo Lee dari Korea sengaja membuat tempahan menginap di hotel tempat aku bekerja dan menyergah aku sewaktu aku sibuk melayan tetamu sewaktu sarapan pagi! Rozana Winarto yang sanggup transit di KL dalam perjalanan ke Jakarta dari tempat kerjanya di US juga mengejutkan aku. Masyallah...aku bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sebegini.
 
Dalam masa 2 minggu lagi aku akan bertemu lebih ramai lagi apabila kami akan berkumpul di Bangkok pula. Ini pertemuan Asian Chapter. Hazel dari Hong Kong telah bertanya apakah aku akan ke sana. Manakala aku pula sedang memujuk seorang lagi rakan aku dari Bali untuk sama-sama berada disana nanti. Pertemuan akan diiringi dengan mesyuarat luar biasa yang mana topik perbincangan kami akan berkisar kepada bidang perhotelan dan peluang untuk kami berhijrah kenegara lain melalui 'networking' yang kami ada. It's going to be an exciting event and meeting indeed! Tak sabar aku nak kesana. Banyak yang akan dapat aku ceritakan nanti apabilabertemu ramai rakan dari negara-negara lain di Asia! Ok till then, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari aku sekeluarga!




8 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Uncle sekeluarga...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Saya nak mintak maaf sebab terpadam komen yang pertama. Membaca komen tersebut dimobile dan kemudian bila nak tekan "terbitkan" tersalah tekan "padamkan".....hilang terus! Tapi saya masih ingat komen tersebut. And yes...nilai persahabatan yang tak akan saya dapat dimana2.... dan sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada Ibu n Abah sekeluarga daripada kami di Ampang!

norh berkata...

Selamat hari raya uncle...
Uncle ni memang seorang yg sangat friendly n lovely..sebab tu ramai sangat yg sayang..hihi

P/s: norh nak duit raya boleh?..hehe

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle bernasib baik kerana sejak kecil Uncle hidup berpindah randah. Dari situ Uncle dapat ramai kawan. Hinggalah Uncle belajar dan bekerja diluar negara. Satu lagi yang Uncle buat ialah mengirmkan berita ringkas kepada mereka melalui sms dll supaya persahabatan terus terjalin. Sekarang ni insyAllah kalau Uncle nak kemana-mana serata dunia, pasti Uncle ada yang akan menunggu di airport. Alhamdulillah.....

pB berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Anak saya sedang mengikuti dip peng perhotelan dan katering di poli. Saya berharap dia akan berjaya seperti Uncle.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam pB.
Alhamdulillah. Setiap perkara jika dilakukan dgn bersungguh-sungguh, penuh minat dan dgn disiplin yg tinggi, insyAllah akan berjaya. Uncle ada bercerita dulu mengenai satu buku yg Uncle baca bertajuk "How To Get To The Top". Simple explanationnya. Uncle ikut apa yg dia ajarkan...anak pB juga boleh. Sbg contohnya, jika rakan sekerja asyik ponteng, kita jangan ponteng. Jika rakan sekerja asyik mc, kita jangan mc. Jika rakan sekerja pulang tepat waktu, kita lajakkan setengah jam! Jika ada yg datang tepat pada waktu, kita datang 15 minit lebih awal. Jika waktu rehat 45 minit, waktu rehat kita cuma 40 minit! Nah....dari situ, anak pB akan lebih menonjol dari yg lain. Very easy! Disiplin dan integrity juga penting....

Kakcik Seroja berkata...

Indahnya persahabatan bila ianya berpaksikan kejujuran dan keikhlasan. :)

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Again, didalam persahabatan, saya amat bersyukur. Setakat ini alhamdulillah. Jika ada yang menyimpang didalam persahabatan ataupun yang menyalah tafsir kejujuran saya, cepat-cepat saya minta maaf dan berundur supaya ianya tidak merebak dan menyebabkan masalah nanti! Alhamdulillah semua rakan-rakan saya faham dan kami menghormati "nilai persahabatan" tersebut! Horr liao!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...